1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu
meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan
wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2.
Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat
merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga
hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan
memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat
bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4.
Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga
terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal
dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri
sendiri.
5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali
dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti
bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa,
tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua
kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7.
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat
Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu
stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan
kepada sistem ketahanan badan.
8. Apabila kita senyum, sel
pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras
dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T
(yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang
menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9. Senyuman
juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam
darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
10.
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan
secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan
darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11. Senyuman dan
ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma,
abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia
ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot
abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan
belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi,
membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
12.
Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus
meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13.
Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia
juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah
ukhuwwah.
14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan
yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian
bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang
kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan
jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu
Dzar).
15. Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati.
Duniamu berseri.
Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.
Senyum kepada semua.
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum membahagiakan.
DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN.
Selasa, 19 November 2013
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar